loading...
Istri yang Dianiaya dan Dizalami Oleh Suaminya Ia Sangat
Beruntung. Baca Kisah Ini

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang
bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.
Syeikh: Apa keperluanmu wahai ibu?
Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal
suami
saya.
Syeikh: Apa aduanmu itu?
Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan
syeikh.
Saya diabaikan. Suami saya tidak
menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah
saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak
diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak
diuruskan.
Tuan syeikh tersenyum.
Isteri itu keheranan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan
Syeikh
boleh tersenyum mendengar aduannya.
Syeikh: Wahai ibu yang dirahmati
ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang
beruntung.
Isteri: Hah.. Untung !
Syeikh: Ya wahai ibu. Kamu sangat beruntung. Kamu
wanita dan isteri terpilih.
Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah.
Saya menderita dan sengsara Tuan.
Kehidupan saya penuh derita. Syeikh: Sudahkah
kamu
berdoa wahai ibu?
Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa.
Suami saya tetap tidak berubah.
Syeikh: Wahai ibu, ALLAH sedang mengujimu. ALLAH
amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi
peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu,
bahwa ALLAH sangat dekat dengan doa orang-orang
yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang
dianiaya dan dizalimi oleh
suaminya itu, lebih dekat dan
mendapat perhatian daripada ALLAH. Karena apa?
Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada
seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya
kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.
Andai kamu mendoakan kehancuran
dan kemusnahannya pun ALLAH akan
mendengar doamu itu wahai ibu. Kamu pulanglah ke
rumahmu
dan jalankan
tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri
dengan taat kerana ALLAH.
ALLAH akan membantumu.
Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah
wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam
derita dan sengsara ini.
Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai
ibu...
Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini
beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara,
derita dan air mata?
Syeikh: ALLAH...wahai ibu, berapa umurmu sekarang
ini?
Isteri: 40 tahun Tuan.
Syeikh: Berapa lama lagi kamu mau hidup di dunia ini?
Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.
Syeikh: Kamu mau saya ceritakan apa untungnya
kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?
Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.
Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda
bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun
sahaja.
Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu
tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat
Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.
Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH
gantikan dengan SYURGA yang indah. Tidakkah itu
bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa
lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung
suamimu di Akhirat nanti?
Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu. Syeikh: Bagi seorang
suami, isteri adalah amanah
yang WAJIB dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab
dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.
Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu,
akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjutajuta
kali ganda berbanding derita yang sedang
engkau menderita di dunia ini
Wahai ibu....
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000
tahun di dunia?
Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan
penganiayaannya terhadapmu, maka selagi
suamimu itu akan terpaksa menanggung
dosanya itu.
Isteri itu tertunduk.....
Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah
menyeret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat
nanti?
Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-iteteri dan anakanaknnya
sendiri.
Mana-mana hak isteri dan anak yang tidak ditunaikan,
itulah antara hal yang cepat
mengheret seorang suami di akhirat nanti.
Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat
dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke
neraka?
Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya
dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab,
semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan
sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH. Bahkan
boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu.
Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat
solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala?
Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan?
Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka
ALLAH?
Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu
tidak redho, maka dia tetap
akan menanggungnya. Andai kamu diceraikan,
sehingga habis waktu iddah suamimu itu masih wajib
mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.
Dosanya padamu sepanjang waktu itu tidak
akan terluputkan walaupun dia telah
menceraikanmu selagi kamu tidak redho
Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami
yang berhutang denganmu.
Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;
Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf
padamu?
Isteri itu menggelengkan kepala.
Syeikh: Adakah ibu masih menyayanginya? Isteri itu
hanya membisu.
Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya
terhadap kamu wahai ibu? isteri itu masih diam.
Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan
menganiaya dan menzalimimu wahai ibu, tetapi dia
menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...
Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.
Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya; Isteri: Kenapa tuan
menangis?
Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada
ALLAH.
Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya
ke neraka.
Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu
seorang suami ini berat dan sarat mau menanggung
beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri.
Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan
patuh kepada suami, itu hanya sekejap saja.
Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang
kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.
Pulanglah wahai ibu, andai kamu masih menyayangi
suamimu, MAAFKANLAH dia.
Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan
perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa
yang berat itu hingga ke akhirat. Isteri itu pulang, tetapi
kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum
mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh
Tuan Syeikh. Semoga tulisan ini dapat memberikan
hikmah, baik kepada penyampai maupun kepada
pembaca.
Aamiin ya Rabbal'alamiin (dari berbagai sumber)
loading...
ASTAGA..Istri yang Dianiaya dan Dizalami Oleh Suaminya Ia Sangat Beruntung. Baca Kisah Ini
4/
5
Oleh
Unknown